Si perokok itu
Yang dipilih ntuk hidup seindah Sita
Menghembuskan kepulan asap putih di awangan bebas, menagih adifikir tanpa balang yang membentuk – menunjuk dirinya akan susuk fahamnya.
*
Senyumnya dibibirkan warna kelam
Giginya terpampang bagai menghulurkan ancam
Tiada yang membuatkannya terus suram
Kerana dia sudah meniduri getar kejam
*
Tak mungkin Rama fikir untuk menyuntingnya
Bicaranya menyemarakkan bunga racun yang harum
Putus vena – dilumpuhnya lelaki yang rajuknya dalam – kerana pembunuhan dari dalam
Perempuan, dia menyarungkan dirinya dengan dendam yang disulam merah padam
Bangga dan berimpian, sengsaranya akan tertanam
*
Maka terdaftarlah definisi walang
Sebagai gerbang kelahiran semula
Sita Dewi: kini adalah Kali marah bersolek darah.
***
Zuraima
26/2 – 1/3