di atmosfera alam dunia
dia menoleh ke belakang
memicing mata pada sinaran yang mengharukan
“hai kelahiran, semakin jauh kamu. Aku rindu keindahanmu”.
lama
semakin jauh dari matanya
semakin dekat di hatinya
kerana dia
berbungkuskan selimut anicca
malarlah menarik nafas dukkha
*
lehernya sakit dek lama berpaling
dia melihat kembali ke hadapan
menggarisi sunnah
“hai, usia. semakin singkat kamu. sihat?”
masih dihasut selimut anicca
tekadang sejuk, dia menutup langsung ke hujung kepala
‘lingkar di ruang ini sangat cantik’
sungguh asyik
dan di bawahnya
ladang sirna hijaunya lalu ditegur
“hai, amalan… kenapa… tak….ah!”
dia bingkas merujuk kembali kesingkatan usia
usia kata, “itu rahsia. tapi, aku masih ada asalkan aku masih bisa diukur.
Pergilah, bajailah ladangmu”.
dia bingkas lagi,
membuang selimut anicca
kali ini untuk menabur baja
menghijaukan ladang
tanpa lagi
asyik menoleh ke belakang.
~zuraima setapak 27 Oktober2009~
zulkifli mohamed said,
November 11, 2009 at 1:20 pm
Salam …
“jejak ke laman ketiga milikmu”.