[ini puisi atau apa?] [hmm...]
Dengan nama-Mu Pembaca kalam jiwa yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang:
1) Tuhan, aku telah menyiat-nyiat hati ini kerana siatan yang sedia ada disiat lagi;
2) Tuhan, aku mahu pecahkan tulang-temulang yang memagari hati ini biar ia berkecai kerana sudah mahu ranap ditimpa peristiwa;
3) Tuhan…Waliku…
4) Tuhan, Kamukah yang mengatur semua ini?
5) Ah, tentulah: bagaimana harus aku lupa?
6) Tuhan, kaujarumkanlah setiap titis hujan yang melontarkan diri agar berbaloi untukku menuruti hati berlari tanpa payung kerana beg gas kehidupan aman sudah bocor;
7) Maka, apakah lagi maknanya setiap nafas yang aku hela dan tarik ini?
8 ) Maka, apakah pula jalan yang sebenarnya harus aku jejaki?
9) Sungguh!
Aku benar-benar mahu difahamkan biarpun tunjangnya telah kulawati walau sedalam Jurang Mariana;
10) Tuhan, sudikah…
…andai surah seorang aku, hamba-Mu yang mulus dan lemah ini Engkau taranumkan?
Penutup: hanya Kamulah Tuhan, yang lebih memahami jaringan rantai besi yang menggelutkan hati.
zuraima semariang 12:59 am 30 Disember 2009
Advertisement