Kamulah yang aku maksudkan
Kamu yang berlegar di dalam sangkar rusukku
Kamu yang menggenggamku
Hanya satu, selalu satu, tetap satu
Kamulah itu
Asalnya tanpa nama
Kamu yang kuberi nama
Kamu yang menjadi seruan
Kamu yang menjadi tujuan
Kamulah yang menjadi tujuan kehidupan
Kamulah titik keinginan
Allah
Selamatkanlah aku
Kerana Kamulah nafsu dada dan mindaku
Kamu milik hatiku
Aku milik Kamu.
Zuraima
UIAM Gombak – Setapak
6 Januari 2010.